Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini...
Jika dilihat pada keadaan politik negara pada masa kini, keadaan politik negara berada dalam keadaan kucar-kacir. Ada yang saling menunding jari, ada yg bertungkus lumus mengukuhkan parti yang dikhuatiri akan terkubur kelak dan ada juga yang berjuang untuk mendapatkan kuasa untuk memerintah negara. Ini adalah antara fenomena yang berlaku di Malaysia ketika ini.
Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya ada diantara pemimpin-pemimpin tertinggi parti bertungkus lumus berkerja untuk memperkasakan parti. Tetapi apa yang di bimbangkan adalah sejauh mana ketulusan perjuangan sesebuah parti yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.? Para pemimpin tertinggi diminta membetulkan perjuanagan parti terlebih dahulu sebelum berusaha untuk mendapat undian dari rakyat. Ini kerana, para pemimpin - pemimpin parti pada masa kini kelihatan seolah-olah gila kuasa, dan ada juga yang takot akan kehilangan kuasa. Berkempen ke seluruh negara semata-mata untuk merayu agar undian menyebelahi mereka. Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang diangkat oleh rakyat sendiri, dan tidak perlulah mempromosikan diri untuk mendapatkan kuasa.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, keadaan ini menyebabkan rakyat Malaysia, dan khususnya umat Islam dan Kaum melayu berpecah belah. Mereka saling melontarkan fitnah sesama sendiri dan juga membuat janji-janji kosong.
Adalah lebih baik:
BN; Memerintah penggal ini dengan lebih baik dari tahun-tahun lepas. Dengarlah suara rakyat,
jangan buat keputusan untuk menguntungkan mana-mana pihak sahaja, tetapi untukseluruh rakyat. Jangan terlalu angkuh bila mendapat kuasa tetapi dukunglah dengan penuh
tanggungjawab.
Pakatan Rakyat; Tadbirlah 5 negeri dahulu, jangan terlalu gilakan kuasa. Jika kalian berada dilandasan betul, PRU seterusnya INSYAALLAH kalian yang menang.
Pas: Sedarlah bahawa DAP itu parti berbeza perjuangan. Jauhi DAP. Musuh utama yg menolaok Islam.
Walau apapun, tahniah kepada BN kerana masih lagi memerintah Malaysia, dan tahniah juga kepada pakatan pembangkan kerana berjaya menafikan majoriti 2/3 parti komponen BN di parlimen..........('',)..
Monday, April 28, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
